Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Dunia

M’sia: Tarikh akhir bagi M’sia buat keputusan mengenai RTS dilanjutkan lagi sebulan

Sep 29, 2019 | 01:20 PM

KUALA LUMPUR - Tarikh akhir bagi Malaysia membuat keputusan bagi projek Sistem Gerak Cepat (RTS) akan dilanjutkan selama sebulan dan akan diteruskan tanpa kos tambahan, menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan Malaysia sebentar tadi.

Tarikh akhir itu telah dilanjutkan oleh Singapura sehingga 31 Oktober atas permintaan Malaysia, menurut kenyataan itu.

Tempoh penangguhan enam bulan pertama yang diberikan Singapura sepatutnya luput pada Isnin (30 Sept). 

Lanjutan itu menimbulkan perdebatan, beberapa pemimpin Malaysia yang menyoal keperluan untuk melanjutkan tempoh itu.

Pada mulanya, Malaysia diberi masa enam bulan untuk mengkaji semula projek membina lintasan 4 kilometer dari Woodlands ke Bukit Chagar di Johor untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di Koswe.

Anggota Parlimen (AP) Pasir Gudang, Encik Hassan Karim menyatakan bahawa terdapat “cara lain” untuk Putrajaya mencari dana untuk projek ini.

“Orang awam telah menantikan projek ini kerana ia akan kurangkan masalah kesesakan di Koswe yang menjejas ribuan rakyat Malaysia dan Singapura.

“Jadi, projek ini harus diberi keutamaan.” katanya.

Mantan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyoal komitmen kerajaan Pakatan Harapan terhadap pelaksanaan projek ini.

“Mereka tahu projek ini satu keperluan kerana ia membolehkan perjalanan yang lebih lancar daripada kedua-dua pihak, menjadikan RTS sebuah alternatif kepada Koswe yang sudah amat sesak,” kata naib presiden UMNO itu.

Wakil kumpulan pemantauan RTS, Dr Tee Ching Seng berkata Putrajaya tidak harus meneliti projek ini dari aspek kewangan saja.

“Kerajaan juga harus pertimbangkan kesan negatif terhadap kesihatan, kehidupan dan keselamatan orang ramai.

“RTS harus diteruskan untuk meringankan beban orang awam. Biarkan ia bebas agenda politik,” kata Dr Tee.

Laluan RTS, dijangka menampung 10,000 penumpang setiap jam. Projek ini sepatutnya siap pada 2024 namun kini di belakang jadual. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian