Mahathir: Ada usaha pujuk anggota Pakatan sertai gabungan Umno-PAS, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Mahathir: Ada usaha pujuk anggota Pakatan sertai gabungan Umno-PAS

Berlaku semasa Pakatan Harapan menang pilihan raya Malaysia Mei lalu
Nov 21, 2018 | 05:30 AM

PETALING JAYA: Pakatan Harapan menghadapi kesukaran "daripada dalam" apabila ia mengambil alih kerajaan, kata Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sesetengah orang dalam Pakatan dipujuk supaya meninggalkan parti mereka dalam gabungan itu dan bersekutu dengan Umno serta PAS (Parti Islam SeMalaysia), kata beliau dalam satu wawancara bersama majalah kesusasteraan Kemboja, Mekong Review.

"Terdapat kebimbangan bahawa pakatan kami tidak akan menghormati kedudukan Islam sebagaimana kerajaan sebelumnya.

"Jadi ada idea bahawa jika semua umat Islam bersatu - pembangkang baru kebanyakannya Muslim, bersama Umno dan PAS - mereka boleh menyeret orang Islam lain (daripada gabungan kami), membentuk majoriti dan menubuhkan kerajaan Melayu-Islam, tetapi mereka dinasihatkan supaya jangan melakukan itu," ujar beliau.

Dr Mahathir berkata mereka yang dihampiri ialah orang Islam Melayu, tetapi beliau enggan menyebut nama mereka.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Perbincangan dan gerakan politik itulah yang menyebabkan kelewatan pengumuman kemenangan Pakatan pada pilihan raya umum 9 Mei itu, katanya.

"Kami tahu kami telah menang pada 8.30 malam, tetapi kami tidak mendapat pengumuman rasmi hingga kira-kira 2 pagi.

"Kami menghadapi banyak kesukaran, termasuk percubaan dari dalam untuk menolak kejayaan kami, tetapi akhirnya akal budi lebih baik mengatasinya," kata Dr Mahathir.

Ketika ditanya bagaimana kaitan bangsa dan agama dengan politik di Malaysia, Dr Mahathir berkata parti politik tidak boleh menggunakan faktor agama.

"Dalam Islam, anda mendapati Al-Quran mengajar umat Islam supaya bersikap mesra dan munasabah dan menegakkan keadilan.

"Jadi, apa yang kami katakan kepada mereka (parti-parti agama) ialah kami menegakkan agama lebih daripada mereka. Mereka mengikuti tafsiran yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Sebagai contoh, mereka mahu melaksanakan hudud dan kami memberitahu mereka undang-undang yang mereka mahu laksanakan bukan hudud Islam tetapi undang-undang hudud mereka.

"PAS tidak pernah berjaya pada masa lalu - dan sekarang bukan mengenai Islam, ia mengenai kaum," katanya.

Mengenai perkara lain, Dr Mahathir berkata adalah lebih penting kapal dapat melalui Laut China Selatan secara bebas daripada membuat tuntutan di kawasan yang dipertikaikan.

"Tuntutan China ke atas Laut China Selatan berdasarkan namanya.

"Tetapi pada masa ini, kapal boleh melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.

"Laut ialah saluran komunikasi utama, jadi China ingin memastikan laut bebas bagi perdagangannya sendiri.

"Saya tidak fikir mereka mahu melarang kapal lain melaluinya, dan saya fikir Malaysia boleh menerimanya," kata beliau.

Bagaimanapun, beliau berkata pembelian tanah rakyat Malaysia oleh warga China tidak seharusnya digalak.

"Orang China mempunyai banyak wang hingga mereka boleh beli seluruh Malaysia.

"Sekiranya mereka melakukan itu, kami akan menjadi wilayah China," katanya.


"Terdapat kebimbangan bahawa pakatan kami tidak akan menghormati kedudukan Islam sebagaimana kerajaan sebelumnya. Jadi ada idea bahawa jika semua umat Islam bersatu - pembangkang baru kebanyakannya Muslim, bersama Umno dan PAS - mereka boleh menyeret orang Islam lain (daripada gabungan kami), membentuk majoriti dan menubuhkan kerajaan Melayu-Islam, tetapi mereka dinasihatkan supaya jangan melakukan itu."
- Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map