Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir akan utus surat kepada Jokowi kerana jerebu

Sep 13, 2019 | 09:17 AM



PERDANA Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menulis surat kepada Presiden Indonesia Joko Widodo mengenai keadaan jerebu rentas sempadan yang telah menjejas mutu udaranya.



Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Yeo Bee Yin berkata: "Saya bercakap dengan Perdana Menteri dan beliau bersetuju menulis surat kepada Presiden Jokowi untuk menarik perhatiannya mengenai isu jerebu yang telah merentas sempadan (negara Indonesia ke Malaysia)."



Encik Joko lebih dikenali sebagai Jokowi.



Bercakap kepada wartawan di Johor, Cik Yeo mempertahankan kenyataannya di Facebook yang memetik data dari Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) yang menunjukkan bahawa jerebu yang menjejas bahagian Malaysia berasal dari Indonesia.



"Sebagai menteri alam sekitar, saya berharap pemerintah Indonesia akan mepertingkatkan usaha mereka untuk memadam kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera," katanya. "Kami berharap Indonesia akan bertanggungjawab terhadap kebakaran di negara mereka sendiri."



Jerebu yang berterusan ini telah menyebabkan pertikaian diplomatik selepas Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia Siti Nurbaya Bakar memberitahu media tempatan Indonesia bahawa Malaysia telah menghantar surat protes yang menuduh negaranya sebagai penyebab jerebu itu.



Namun, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zainal Abidin Bakar menjelaskan dengan agensi berita bahawa surat yang dikirimkan kepada Indonesia itu bukan surat protes tetapi tawaran untuk membantu memerangi kebakaran hutan dan pertanian di Indonesia.



Cik Siti Nurbaya juga menafikan kenyataan Cik Yeo bahawa jerebu itu datang dari Indonesia, sambil memuatnaikkan jawapannya di laman Facebook Cik Yeo pada malam Rabu.



"Biarkan data menunjukkan faktanya sendiri," tulis Yeo. "Mengenai dakwaannya bahawa jerebu itu berasal dari Sarawak, lihat sendiri kepada arah angin. Secara logik, bagaimanakah ia boleh berlaku (seperti yang dicakap Cik Siti Nurbaya)?" Persoalannya merujuk kepada data yang boleh didapati di laman web ASMC yang memerhatikan arah tiupan angin yang didapati berpunca dari kawasan selatan-timur dan selatan-barat.



Semalam, jumlah kawasan kebakaran hutan atau ‘hot spots’ di Kalimantan meningkat kepada 1,188 daripada 474 yang dicatatkan pada hari sebelumnya, menurut ASMC, suatu hasil kerjasama antara perkhidmatan meteorologi negara anggota ASEAN. Sumatera mempunyai 431, naik daripada 387.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >