KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat perlu ‘berfikir dua kali’ sebelum mengembalikan wang yang dirampas menerusi siasatan rasuah terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata mantan perdana menteri Mahathir Mohamad.
Parti yang dituduh terlibat dalam rasuah itu kini telah kembali berkuasa di negara itu.
Tun Dr Mahathir, 94 tahun, meletak jawatan secara mendadak bulan lalu, sebelum beliau digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai perikatan yang dianggotai bekas parti kerajaan Umno. Pengundi di negara itu telah mengusir Umno dalam pilihan raya umum 2018, berlatar skandal dana negara 1MDB.
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) berkata lebih AS$4.5 bilion ($6.3 bilion) dicuri dari 1MDB oleh bekas ketua Umno Najib Razak, yang juga mantan perdana menteri. Beliau kini sedang dibicarakan atas dakwaan menerima sebahagian wang yang dicuri itu.
Buat masa ini, DOJ telah mengaup semula AS$1 bilion dengan merampas dan menjual aset yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB,.
Hampir AS$200 juta telah dipulangkan ke Malaysia pada Mei 201, tetapi bayaran AS$240 juta yang dijadual bagi bulan lalu kini tertunggak, selepas Dr Mahathir meletak jawatan, kata sumber.
Dalam satu wawancara dengan Reuters baru-baru ini, Dr Mahathir berkata DOJ perlu menimbangkan semua keputusannya untuk mengirimkan wang itu kepada Malaysia, selepas parti Najib kembali berkuasa.