Mahathir 'disuruh lembutkan kritikan terhadap Najib'

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai Cawangan Khas, yang dipindahkan secara mengejut daripada jabatan itu minggu lalu, berkata beliau menemui Tun Dr Mahathir Mohamad empat kali dalam dua tahun lalu, di bawah arahan pihak atasan untuk menyuruh mantan perdana menteri Malaysia itu melembutkan kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam apa yang dilihat sebagai satu langkah belum pernah terjadi sebelum ini, mantan timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Abdul Hamid Bador, memberitahu pemberita dalam satu sidang media semalam bahawa beliau menemui Dr Mahathir bagi mendapatkan pandangannya mengenai perkara tertentu, dan juga untuk mendapatkan persetujuannya agar tidak melakukan "beberapa perkara".

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun