Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir gesa peminjam lunas hutang belajar $11b

Sep 22, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Peminjam yang tidak membayar balik hutang kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merosakkan bukan sahaja nama mereka, bahkan masyarakat, kata Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.



Tanpa merujuk kepada sembarang kaum tertentu, Dr Mahathir kelmarin berkata ada peminjam enggan membayar balik pinjaman walaupun sudah mampu berbuat demikian.



Sikap tidak amanah peminjam menjadi punca jumlah tunggakan hutang bayaran balik berjumlah hingga RM36 bilion ($11.9 bilion), katanya.



Menurutnya, kebanyakan peminjam sudah mempunyai pekerjaan dan memperoleh pendapatan sendiri, namun belum mahu membayar hutang PTPTN.



"Kami mendapati rakyat Malaysia tidak begitu amanah. Sebagai contoh, kami bagi biasiswa atau pinjaman bagi mereka belajar di dalam dan luar negara. Malangnya, mereka tidak mahu bayar balik.



"RM36 bilion hutang tidak dibayar kepada PTPTN. Saya rasa malu tetapi mereka tidak.



"Gaji kalau RM2,000, bayar RM100 pun sudah mencukupi. Mereka tidak bayar sebab tidak amanah," ujarnya, ketika menyampaikan syarahan perdana di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM).



Sebelum ini, pada 8 September lalu, Dr Mahathir menegur sikap masyarakat Melayu yang katanya kurang amanah, tidak bertanggungjawab atas apa yang diamanahkan kepada mereka dan mudah memungkiri janji.



Beliau berkata masyarakat Melayu juga tidak segan mengambil barangan atau duit yang bukan milik mereka.



"Jika kita hutang, berat bagi kita membayar balik. Demikian PTPTN, bukan banyak yang kita diminta bayar balik, sedikit saja.



"Kita mampu, kalau pun gaji kita hanya RM2,000 sebulan, apalah sangat RM100 sebulan... Hanya lima peratus, tetapi yang dapat lebih daripada itu pun tidak bayar, lokek.



"Walau apa pun alasan yang diberi, hakikatnya kita tidak bayar hutang.



"Bagi kita, ini perkara kecil tetapi bagi bangsa kita, ia memburukkan kepercayaan kepada kita," katanya, sewaktu berucap dalam sambutan ulang tahun kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipengerusikannya di Shah Alam.



Kelmarin, Dr Mahathir berkata sikap negatif itu berasal daripada peminjam "tidak boleh dipercayai".



"Apabila perkara seperti ini berlaku, ia dianggap sebagai ciri khas bangsa itu.



"Anda merosakan bukan sahaja nama anda, bahkan orang lain kerana anda tidak boleh dipercayai," katanya.



Kepada pelajar, beliau menasihatkan supaya berusaha dengan lebih gigih dan tidak mengambil sikap 'santai' terhadap kerja.



"Bekerja keras tidak akan membunuh anda. Tidak bermakna jika anda bekerja keras anda akan mati esok. Anda akan mati jika anda makan terlalu banyak," katanya.



Dr Mahathir juga menyindir kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.



"Ada idea bahawa perkara paling penting adalah menjadi negara berpendapatan tinggi, di mana semua orang mendapat pendapatan tinggi.



"Pendapatan tinggi tidak bermakna apa-apa. Kuasa beli anda yang penting," katanya.



Beliau memberi contoh pekerja di beberapa negara yang dibayar jutaan rupiah atau lira, tetapi tidak mempunyai kuasa beli.



Beliau menambah bahawa perasaan malu dapat membantu mendorong individu dan negara bekerja dengan baik dalam kedua-dua pelajaran dan dan prestasi.



"Jika anda mempunyai perasaan tidak mahu rasa malu mengenai prestasi anda, anda akan melakukan yang baik bagi mencapai hasil terbaik," ujarnya.



Namun, ujarnya, ada rakyat Malaysia tidak mempunyai rasa malu mengenai tingkah laku mereka.



"Hari ini, ada orang tidak rasa malu. Apabila melihat mereka pergi ke penjara, mereka tersenyum.



"Anda melihat orang tersenyum apabila anda memberitahu bahawa mereka pencuri," katanya.



Walaupun beliau tidak merujuk kepada sembarang individu khususnya, kenyataan Dr Mahathir itu membuat hadirin ketawa. - Utusan Malaysia, The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >