Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahathir hadap Yang di-Pertuan Agong, keputusan cari Perdana Menteri baru dinantikan

Feb 27, 2020 | 11:34 AM
Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir (kanan) bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu di persidangan media. Foto: EPA-EFE.
Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir (kanan) bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu di persidangan media. Foto: EPA-EFE. -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri (PM) sementara, Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersiap sedia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis (27 Februari) pada jam 11 pagi, setelah Sultan Malaysia itu menyelesaikan sesi wawancaranya bersama Anggota Parlimen (AP) untuk membentuk kerajaan baru.

Namun ia tidak jelas, jika krisis politik di Malaysia ini akan diselesaikan setelah pertemuan ini dengan Dr Mahathir yang dilantik semula sebagai PM setelah beliau meletakkan jawatannya pada Isnin (24 Februari), atau disuruh mengundur diri nanti, lapor The Straits Times (ST).

Antara 222 AP Malaysia, seramai 220 telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberitahu kepadanya, siapa yang mereka sokong untuk memimpin negara Malaysia, atau pun mereka lebih suka mengadakan pilihan raya.

Dua orang belum lagi menghadap Sultan, dan mereka ialah AP Padang Rengas yang mewakili UMNO, Encik Nazri Aziz kerana beliau sedang di luar negara dan Dr Mahathir, yang difahami telah mengundi diri sendiri sebagai pemimpin negara.

Sejauh ini, tiada pilihan majoriti yang telah dicatatkan, meskipun kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) telah menyuruh kesemua 92 AP-nya untuk menyokong presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Anwar Ibrahim.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg