Mahathir, Kit Siang bertemu bincang usaha singkir Najib, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Mahathir, Kit Siang bertemu bincang usaha singkir Najib

Mar 01, 2016 | 01:46 PM

KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang Malaysia Lim Kit Siang hari ini, Selasa (1 Mac) mengesahkan beliau telah menemui Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Zaid Ibrahim dalam usaha mereka menyingkirkan Perdana Menteri Najib Razak.

Ketua Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu memberitahu satu pertemuan kepimpinan Selangor bahawa beliau telah membincangkan "keadaan nasional hari ini" dengan Dr Mahathir, lapor akhbar The Straits Times.

Mantan perdana menteri itu telah meninggal Umno semalam sebagai bantahan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib.

"DAP akan menyokong semua usaha untuk 'Selamatkan Malaysia' berbeza daripada kempen 'Selamatkan Najib' atau 'Selamatkan Umno," kata Encik Lim.

Discover Malay Home Based Businesses

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map