Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir mahu anggota Kabinet yang berkebolehan, bukan wakil parti

Feb 26, 2020 | 08:02 PM



PETALING JAYA - Perdana Menteri Malaysia sementara, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah meminta keizinan menubuhkan kerajaan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.


Dalam perutusan khas yang ditayangkan di televisyen pada Rabu (26 Feb), beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan hanya kepentingan negara sahaja diutamakan buat masa kini.


"Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu yang saya anggap baik bagi negara," ujar Dr Mahathir.


"Politik, orang politik dan parti politik terlalu utamakan politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.


"Saya berpendapat, jika betul atau tidak politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa yang sekarang.


"Jika dibenar saya akan cuba adakan Parlimen pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang diutamakan," katanya.


Ini kali pertama Dr Mahathir bercakap secara langsung di media selepas kali terakhir bersuara pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Jumaat (21 Februari), lapor Astro Awani.


Dr Mahathir juga memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya peletakan jawatannya pada Isnin (24 Februari) merupakan satu tindakan yang salah.


Dr Mahathir juga menjelaskan terdapat banyak sebab mengapa beliau memutuskan untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri.


"Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.


"Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.


"Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya.


"Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara.


"Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang," katanya.


Dr Mahathir pada Isnin telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.


Yang Di-Pertuan Agong yang menerima peletakan jawatan Dr Mahathir kemudiannya melantik beliau sebagai perdana menteri interim sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >