Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir: Melayu perlu berubah

Sep 06, 2019 | 08:53 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu yang mengamalkan sikap hanya cukup ‘makan gaji’ dan tidak mahu bekerja bersungguh-sungguh akan menyebabkan negara Malaysia dipenuhi warga asing yang mengambil peluang mencari pendapatan di sini.



Menulis  ini di blognya Dr Mahathir berkata, sejarah mengajar bagaimana orang Melayu satu ketika dulu ramai memilih ‘makan gaji’ dan mengusahakan ladang pertanian kecil serta menjadi nelayan dan tidak ramai berniaga atau bekerja buruh kasar.



Beliau menambah bahawa sikap itu menyebabkan tidak ramai orang Melayu yang tinggal di bandar untuk mengusahakan perniagaan lapor Berita Harian Online Malaysia.



“Pada masa itu, bandar didiami dan dipenuhi kedai Cina, tidak ada kedai Melayu. Ada beberapa kedai makan dan rempah cabai dimiliki orang India.



“Raja-raja Melayu tidak mengiktiraf orang Cina dan India sebagai rakyat. Kepercayaan mereka ialah orang ini, akan kembali ke negara masing-masing apabila khidmat mereka tidak diperlukan lagi,” katanya dalam entri terbaru di blog beliau, pada hari Jumaat (6 September).



Menurut Dr Mahathir, orang Cina biasanya berhijrah ke negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia dan negara jajahan British jika mereka melihat ada peluang mencari makan di situ.



“Melihat kestabilan pemerintahan British dan peluang kerja, mereka datang beramai-ramai ke negeri Melayu. Mereka sanggup bekerja keras sebagai kuli dan sanggup buat kerja kotor, kerja berat serta berbahaya.



Membandingkan sikap orang Melayu, yang memiliki tanah dan bersenang sahaja apabila orang asing melakukan kerja kotor, Perdana Menteri Malaysia itu berkata, akibatnya adalah, orang Melayu tidak sanggup bekerja kuat, tidak berniaga secara serius sehingga menjadikan orang Melayu terus miskin.



“Yang berlaku ialah (orang asing) yang sudah kaya menjadi lebih kaya dan orang Melayu yang miskin menjadi lebih miskin,” tambah beliau.



“Sepatutnya orang Melayu sedar apa yang berlaku kepada mereka, malangnya mereka tidak sedar. Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar dan enggan bekerja. Orang Melayu masih rela serah segala kerja kepada orang asing yang membanjiri negara kita,” katanya.



Dr Mahathir berkata, setakat ini tujuh juta orang asing masih berada di Malaysia untuk bekerja.



“Apa akan terjadi kepada orang Melayu. Ada yang dakwa orang Melayu adalah tuan, tetapi adakah mereka tuan yang miskin, orang yang tidak ada kebolehan dan bergantung kepada belas kasihan orang lain,” katanya.



Justeru, Perdana Menteri Malaysia itu berkata, orang Melayu mesti berubah kerana yang menentukan nasib mereka adalah mereka sendiri.



“Memarahi orang lain tidak akan menyelesaikan masalah kita. Bilangan kita dikatakan bertambah, tetapi jumlah besar orang yang miskin tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >