Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir minta peluang jumpa ahli Umno

Apr 30, 2015 | 04:40 PM



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad meminta diberi peluang berjumpa ahli akar umbi Umno bagi menerangkan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), selepas pertemuan serupa oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Dalam entri blognya (chedet.cc) hari ini, mantan Perdana Menteri Malaysia itu berkata adalah lebih adil bagi ahli Umno mendengar kededua pihak.


"Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin.


"Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita.


"Tetapi untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil kita perlu dengar kedua-dua belah pihak. Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya "menyerang" Dato' Seri Najib.


"Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Datuk Seri Najib dan sebahagian daripada ahli Umno tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan Umno, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap pilihan raya umum," tulis Dr Mahathir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >