Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir mohon perintah mahkamah bagi bekukan aset Najib

Apr 20, 2016 | 07:37 AM



KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah memohon perintah mahkamah bagi membekukan aset Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Permohonan itu bertujuan menghalang Datuk Seri Najib memindahkan, mengeluarkan atau berurusan dengan aset - termasuk hartanah, wang tunai dan aset lain yang disimpan di bank, institusi kewangan dan sebagai saham syarikat - bernilai sehingga RM2.6 bilion ($900 juta), lapor Malay mail Online.



Peguam Tun Dr Mahathir berkata dalam satu kenyataan pada Selasa (19 Apr) bahawa beliau juga memohon perintah mahkamah bagi Datuk Seri Najib mendedahkan semua aset yang dipegang di bawah nama beliau dan juga di bawah nama orang yang beliau namakan (nomini), menurut Reuters.



Dr Mahathir, dengan dua orang lain, memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib pada bulan lalu, mendakwa rasuah dan salah guna kuasa. Tuntutan itu juga menuduh Datuk Seri Najib campur tangan dalam siasatan ke atas syarikat pelaburan kerajaan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Datuk Seri Najib dikritik atas dakwaan rasuah dan salah urus yang dikaitkan dengan 1MDB dan wang kira-kira AS$681,000,000 ($920 juta) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya. Perdana Menteri itu telah menafikan sebarang salah laku dan menegaskan beliau tidak menggunakan dana bagi kepentingan peribadi.



Dr Mahathir disertai dalam tuntutan mahkamah itu oleh Encik Khairuddin Abu Hassan dan Cik Anina Saadudin, bekas ahli Umno.



Mereka memohon ganti rugi teladan daripada Datuk Seri Najib kepada kerajaan sebanyak RM2.6 bilion dan ganti rugi teruk sebanyak RM42 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >