Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir, Najib bertikam lidah dek skandal video seks sejenis

Jul 28, 2019 | 04:56 PM



PERDANA Menteri Malaysia Mahathir Mohamad telah menyangkal dakwaan bekas pemimpin negara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, bahawa skandal seks yang melibatkan anggota Kabinetnya sekarang ditangani dengan cara berbeza berbanding satu lagi skandal seks pada 1998.



Datuk Seri Najib dalam tweet yang dikeluarkan pada 23 Julai lalu menulis:



"Tahun 1998: Ini isu moral, bukan isu politik. Tahun 2019: Ini isu politik, bukan isu moral."



Tweet tersebut difahamkan sebagai sindiran kepada cara dua skandal seks itu ditangani.



Meskipun beliau tidak menamakan mana-mana pihak, pemerhati mengulas bahawa Datuk Najib dipercayai merujuk kepada Menteri Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang telah dipecat dari pemerintah pada 1998 sebelum dipenjarakan atas sodomi dan kesalahan rasuah.



Dr Mahathir menulis dalam blognya hari ini bahawa beliau telah dituduh mempunyai pendirian yang bercanggah dalam cara menangani tuduhan salah laku seksual terhadap ahli Kabinetnya pada 1998 dan hari ini.



"Tiada percanggahan. Tindakan yang diambil pada 1998 bukan berdasarkan klip video. Itu timbul setelah (tindakan diambil). Mahkamah telah membuat keputusannya," tulis Dr Mahathir, seperti yang dilaporkan The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >