PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa terdapat kekeliruan dan percanggahan berhubung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang mengumumkan pembubaran sementara dan memberi tempoh 30 hari untuk tempoh rayuan terhadap parti itu.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, setelah meneliti kandungan dan surat daripada RoS, pihaknya menyimpulkan bahawa Bersatu masih sah dan boleh berfungsi seperti sediakala sehingga mana ia belum disahkan batal.