Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir perlu perjelas pelantikan Latheefa sebagai ketua anti rasuah M'sia: Anwar

Jun 07, 2019 | 03:27 PM



PERMATANG PAUH - Perdana Menteri Mahathir Mohamad mesti memperjelas pelantikan Cik Latheefa Beebi Koya sebagai ketua agensi anti rasuah Malaysia, kata presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.



Datuk Seri Anwar berkata semalam (Khamis, 6 Jun) bahawa keputusan melantik Cik Latheefa sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilbuat Perdana Menteri dan beliau hanya mengetahui tentang pelantikan tersebut menerusi pengumuman yang dilakukan, lapor Bernama.



Cik Latheefa, bekas ahli politik PKR terkemuka, dilantik ketua SPRM bermula Sabtu lalu, menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, yang memutuskan untuk memendekkan kontrak perkhidmatannya.



Tun Dr Mahathir berkata beliau membuat keputusan melantik Cik Latheefa tanpa berunding dengan Kabinet.



"Sudah semestinya penjelasan diperlukan kerana ini adalah apa yang telah kami janjikan, tapi kami harus menggunakan forum yang sesuai seperti dalam Kabinet atau majlis pemimpin Pakatan jika kita mahu membangkitkan sesuatu atau mendapat penjelasan betul," kata Encik Anwar.



Beliau yang merupakan Anggota Parlimen Port Dickson berkata beliau setuju memberi Dr Mahathir masa dan ruang untuk memperjelas pelantikan itu di wadah yang sesuai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >