Topik diikuti
Pergi ke BHkuMahathir: PH ada peluang besar kekal kerusi Tg Piai
1 of 2
Nov 7, 2019 | 5:30 AM
Mahathir: PH ada peluang besar kekal kerusi Tg Piai
PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang besar mengekalkan kerusi parlimen Tanjung Piai, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menambah perikatan itu akan menunaikan janjinya kepada rakyat sedang ia mentadbir kedua-dua negeri dan kerajaan persekutuan.
Bagaimanapun, parti komponen PH perlu turun padang dan bekerja keras dalam mendapatkan keyakinan orang ramai bagi memastikan gabungan itu memenangi kerusi dalam pilihan raya kecil pada 16 November itu.