Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir ragu kesetiaan segelintir kakitangan awam

Jun 02, 2018 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Terdapat keprihatinan bahawa kesetiaan sesetengah kakitangan awam masih pada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.



Beliau berkata ramai penjawat awam yang secara sukarela mengambil bahagian pilihan raya umum 9 Mei lalu dan berkempen bagi BN, lapor agensi berita negara Bernama.



"Kami meragui kesetiaan mereka, sama ada kesetiaan mereka ialah pada kerajaan lama atau kerajaan baru," katanya dalam satu sidang akhbar selepas pertemuan Majlis Presiden Pakatan Harapan.



Dr Mahathir, yang juga pengerusi Pakatan Harapan, berkata kesetiaan kakitangan awam terhadap BN menjejaskan pentadbiran kerajaannya.



"Kami mahu mentadbir mengikut cara dan manifesto kami, dan kami perlu mendapatkan kerjasama kakitangan awam," katanya.



Apabila ditanya apakah tindakan akan diambil terhadap kakitangan awam itu, Dr Mahathir berkata kerajaan tidak mahu "menghukum orang yang tidak perlu".



Bagaimanapun, beliau berharap mereka akan mengubah sikap dan berkecuali terhadap kerajaan baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >