Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir rancang batal projek kereta api laju KL-S'pura

May 28, 2018 | 06:02 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia akan membatalkan rancangan membangunkan Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur (KL) dengan Singapura, menurut Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ia merupakan satu keputusan muktamad tetapi ia akan mengambil masa kerana kita mempunyai perjanjian dengan Singapura. Kita perlu menguruskannya dengan kos paling sedikit,’’ kata Dr Mahathir, dalam satu sidang akhbar petang  tadi yang ditukil The Straits Times (ST).

Sebelum ini, beliau berkata kerajaan baru Pakatan Harapan pimpinannya sedang mengkaji bagaimana ia boleh mengurangkan pampasan yang perlu dibayar kepada Singapura jika ia memutuskan membatalkan projek itu.

“Syarat dan persetujuan bagi HSR sedemikian rupa hingga jika kami memutuskan menggugurkan projek itu, ia akan menyebabkan kami mengeluarkan banyak wang,” katanya.



"Kita mempunyai perjanjian dengan Singapura," kata beliau, merujuk kepada projek kereta api laju, yang dijadual siap pada tahun 2026, dengan kos kerja-kerja binaannya dianggarkan oleh para penganalisis, bernilai sekitar AS$15 bilion ($20.1 bilion).

"Kita perlu berunding dengan Singapura tentang pembatalan projek tersebut,’’ ujarnya.


Dr Mahathir menyatakan dalam sidang akhbar itu bahawa beliau belum melihat perjanjian itu tetapi diberitahu ‘pampasan itu adalah sehingga RM500 juta’ ($169 juta).

Awal dari itu, dalam temu ramah Dr Mahathir dengan The Financial Times (FT), beliau sudah pun memberi bayangan bahawa projek itu akan dibubarkan.

“Kita akan menarik diri daripada beberapa projek yang tidak perlu, misalnya kereta api kelajuan tinggi yang akan menelan kos RM110 bilion dan tidak akan memberi kita sesen pun. Ia akan dibubarkan,’’ kata Dr Mahathir dalam laporan yang dikeluarkan hari ini.

 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >