Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahathir sahkan tiada calon mempunyai majoriti sebagai PM, Parlimen akan buat keputusan di sidang akan datang

Feb 27, 2020 | 7:00 PM
Perdana Menteri sementara Malaysia Mahathir Mohamad bercakap semasa sidang berita di Putrajaya pada Khamis (27 Februari).
Perdana Menteri sementara Malaysia Mahathir Mohamad bercakap semasa sidang berita di Putrajaya pada Khamis (27 Februari). - Reuters

PUTRAJAYA: Perdana Menteri (PM) sementara Malaysia Mahathir Mohamad mendedahkan tiada calon memperolehi sokongan majoriti sebagai PM daripada 222 ahli parlimen Malaysia. Oleh itu, perkara tersebut akan dirujuk ke Parlimen apabila ia bersidang bulan depan. Tun Dr Mahathir memberitahu wartawan pada petang Khamis (27 Februari) selepas menemui Yang di-Pertuan Agong sebelum itu. "Yang di-Pertuan Agong telah meminta semua Ahli Parlimen membuat kenyataan... di hadapannya. Hasilnya ialah baginda tidak dapat menemui sesiapa yang mempunyai majoriti jelas. Oleh kerana tidak ada majoriti jelas, baginda berkata forum yang betul adalah Dewan Rakyat," katanya, menurut laporan The Straits Times. Bagaimanapun, sekiranya undi keyakinan tidak menghasilkan keputusan muktamad, Yang di-Pertuan Agong perlu mengadakan pilihan raya, kata pemimpin berusia 94 tahun itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg