Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mahathir: Saya ‘terlalu tua’ untuk bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang

Jun 07, 2023 | 04:43 PM



KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, dengan mendakwa bahawa beliau “terlalu tua” dan “nyanyuk” untuk bertanding sebagai calon.


“Saya sudah agak tua, saya sudah nyanyuk,” kata Dr Mahathir, 97 tahun, secara sinis semasa sidang media pada Selasa.

“Saya tidak faham. Orang di luar negara menjemput saya untuk bercakap tentang perkara selanjutnya buat dunia. Jepun dan Korea Selatan menjemput saya. Tetapi, apabila saya kembali ke sini, orang bertanya bila saya akan bersara,” tambah Dr Mahathir, lapor The Star.


Enam daripada 13 negeri di Malaysia dijangka mengadakan pililhan raya negeri menjelang Ogos. Negeri-negeri itu dijangka menyaksikan persaingan sengit antara gabungan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN).

Enam pilihan raya negeri itu akan diperhatikan dengan teliti sebagai isyarat sama ada pentadbiran Datuk Anwar mendapat sokongan daripada pengundi.

Dr Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri dua kali – dari 1981 hingga 2003, dan dari 2018 hingga 2020 – dan meletak jawatan dua kali. Beliau kehilangan kerusi parlimen Langkawi pada pilihan raya umum 2022.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata beliau bersedia bertemu Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk membincangkan kerjasama mereka yang akan datang.

Minggu lalu Dr Mahathir berkata beliau tidak kisah bekerjasama dengan musuhnya yang pernah menjadi presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Tan Sri Muhyiddin demi kepentingan orang Melayu.

“Beliau (Muhyiddin) menyokong Proklamasi Melayu, dan kami tidak berlawan antara satu sama lain. Ini semua pengetahuan umum,” kata Dr Mahathir.

Kempen Proklamasi Melayu oleh Dr Mahathir adalah untuk menyatukan orang Melayu dan ia menyenaraikan 12 isu utama yang dihadapi oleh masyarakat itu.

Ditanya sama ada kerjasama dengan PN akan kekal atau hanya untuk pilihan raya negeri akan datang, Dr Mahathir berkata perkara itu akan dibincangkan semasa pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin.

“Kita akan berbincang. Mungkin kita akan bertanding dalam pilihan raya negeri jika itu kehendak orang ramai,” tambah Dr Mahathir.

Beliau bercakap kepada media selepas mesyuarat tertutup mengenai rundingan meja bulat Proklamasi Melayu, yang dihadiri beberapa pemimpin tertinggi, seperti Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata semua pemimpin yang hadir pada pertemuan itu bersetuju untuk menangani isu yang dihadapi orang Melayu.

“Ini bukan untuk menafikan hak orang bukan Melayu,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >