Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir sedia ganti pakatan kerajaan M'sia dengan seteru lama

Feb 24, 2020 | 08:31 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan bersedia untuk menggantikan pakatan kerajaan dengan gabungan lebih luas termasuk parti pembangkang Umno dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).



Namun, beliau dijangka mengetepikan sekutu Pakatan Harapan (PH) yang telah dipilih dalam pilihan raya umum lalu, kata sumber politik kepada The Straits Times.



Difahamkan bahawa Tun Dr Mahathir telah meraih sokongan majoriti penggubal undang-undang di Parlimen selepas beberapa mesyuarat parti pada hari Ahad (23 Februari) tetapi masih belum mendapat kelulusan daripada Yang Dipertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan baru yang disifatkan sebagai “kerajaan pintu belakang”.



Spekulasi tentang kejatuhan kerajaan PH memuncak pada hari Ahad, apabila media tempatan melaporkan bahawa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan dua parti besar Melayu/Islam Umno dan PAS negara itu mengadap Yang Dipertuan Agong mengenai perkembangan politik terkini ini.



Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan berlaku pergolakan itu, memberitahu pemberita bahawa terdapat usaha untuk menjatuhkan kerajaan PH oleh PPBM dan unsur-unsur dalam parti PKR-nya.



Komennya itu menyusuli pertemuan pemimpin dan Anggota Parlimen (AP) PPBM pada pagi Ahad di ibu pejabat mereka di Petaling Jaya, Selangor selama kira-kira enam jam.



Tun Dr Mahathir, presiden parti Muhyiddin Yassin, serta ketua sayap pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan AP parti lain dilihat di bangunan itu.



Sekitar sedozen menteri dan AP yang memihak kepada Datuk Seri Azmin Ali, timbalan presiden PKR dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, juga dikatakan telah mengadakan mesyuarat di sebuah hotel berdekatan.



Gabungan PH empat parti terdiri daripada PKR yang berbilang kaum, Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang dipimpin oleh orang Cina, parti orang Melayu PPBM dan Parti Amanah Negara, parti Islam sederhana.



Seorang sumber The Straits Times berkata mereka yang berpihak kepada Azmin merancang meninggalkan PKR, yang mempunyai 50 AP, paling ramai di Parlimen.



PPBM, yang mempunyai 26 AP, juga boleh meninggalkan PH.



Bagaimanapun, seorang penggubal undang-undang yang berpihak dengan Encik Anwar, yang sepatutnya mengambil alih daripada Dr Mahathir sebagai perdana menteri, menolak spekulasi tersebut, berkata: "Saya tidak fikir mereka mempunyai jumlah yang mencukupi."



Gabungan baru akan memerlukan sekurang-kurangnya 112 AP - majoriti daripada 222 kerusi Parlimen - untuk membentuk kerajaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >