Kejutan berlaku di Langkawi apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan saja tewas, tapi juga kehilangan deposit pertandingan.
Kerusi yang dianggap kubu kuat pengerusi Pejuang itu dimenangi Mohd Suhaimi Abdullah dari PN dengan 13,518.
BN di tempat kedua manakala calon PH, yang menduduki tempat ketiga, juga hilang deposit.