Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:30
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Dunia0

Mahathir umum akan alihkan kuasa kepada Anwar dalam masa tiga tahun

Jun 24, 2019 | 12:25 PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad berkata beliau akan meletakkan jawatan dalam tempoh tiga tahun, dan memindahkan kuasa kepada presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim. 

“Apa yang saya tahu, saya telah berjanji untuk meletakkan jawatan dan Anwar akan mengambil alih,” kata Perdana Menteri itu kepada CNBC dalam satu temu ramah Sabtu lalu di Bangkok, Thailand di mana beliau telah menghadiri sidang puncak Asean. 

Tun Dr Mahathir berkata sebelum ini bahawa pemerintah perlu tiga tahun untuk mengurangkan hutang Malaysia dari 80 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) negara itu kepada 54 peratus. 

Apabila ditanya sama ada beliau akan kekal berkhidmat untuk melihat matlamat tersebut dicapai, Dr Mahathir berkata: “Tidak, saya tidak akan melebihi tiga tahun.” 

Katanya, tumpuan utama adalah untuk memberi keupayaan kepada Malaysia untuk “menyelesaikan masalah (hutang) ini” walaupun setelah beliau meletakkan jawatan. 

Berita Popular

Isu peralihan kuasa ini ditimbulkan baru-baru ini, kerana tiada tempoh masa rasmi ditetapkan. 

Februari lalu, Datuk Seri Anwar berkata beliau dijangka menjadi perdana menteri dalam tempoh tidak lebih dari dua tahun, dan menambah bahawa Dr Mahathir perlu diberikan ruang untuk mentadbir secara efektif semasa “tempoh yang sukar dan mencabar ini.” 
 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map