Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir yakin kerajaan pimpinan Muhyiddin mungkin tumbang

Dec 15, 2020 | 05:30 AM



ADA kemungkinan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin 'tumbang' semasa pengundian kali ketiga Belanjawan 2021 kerana gagal mendapat sokongan majoriti hari ini, dakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Dalam sidang akhbar yang dipengerusikan secara bersama dengan mantan Menteri Kewangan, Tunku Razaleigh Hamzah pada 4 petang di Yayasan Albukhary yang disiarkan secara langsung di media sosial semalam, Tun Dr Mahathir melahirkan keyakinan tersebut.



"Ada kemungkinan esok (hari ini), apabila mereka (Ahli-ahli Dewan Rakyat) mengundi untuk bacaan kali ketiga bil (rang undang-undang) itu, maka ada kemungkinan Kerajaan akan jatuh.



"Jika Kerajaan kalah, maknanya kita tidak ada kerajaan. Jadi terdapat peluang untuk membentuk kerajaan tetapi apabila kita ingin membentuk kerajaan kita harap mereka pilih orang-orang yang sedia berkhidmat untuk negara dan rakyat, bukan kerana "saya mahu menjadi Perdana Menteri".



"Saya harap mereka yang dalam Dewan Rakyat dapat berhenti memikirkan tentang diri mereka semata-mata, tetapi mula memikirkan tentang negara. Kita lihat kerajaan ini tidak mempunyai motivasi untuk membantu rakyat, tetapi hanya memikirkan apa yang mereka dapat," kata Dr Mahathir lagi.



Beliau juga menambah, sidang media itu tidak dianjurkan oleh mana-mana ahli politik tetapi hanya oleh mereka berdua sahaja.



Tengku Razaleigh yang merupakan pemimpin veteran Umno dan mesra dengan panggilan 'Ku Li' semalam mengesahkan beliau tidak terlibat dalam pengundian belanjawan hari ini.



Ini merupakan kali pertama Tengku Razaleigh dan Tun Dr Mahathir tampil secara bersama dalam satu sidang akhbar sejak beliau menjadi Perdana Menteri ke-7.



Mengulas lebih lanjut, Tengku Razaleigh berkata:



"Kita dilanda oleh pandemik Covid-19 yang mengancam kedudukan bukan sahaja rakyat tetapi negara kita. Saya rasa dah sampai masanya kita mengaktifkan semula kedudukan ekonomi kita dan sememangnya boleh kita buat.



"Saya percaya kerajaan yang ada sekarang tidak mendapat keabsahan, oleh kerana itu keadaan tidak begitu stabil. Apabila kerajaan tidak stabil, kata Tun tadi dua undi, tiada siapa akan menaruh kepercayaan bukan sahaja politik tetapi juga ekonomi."



Ditanya lebih lanjut, Tun Dr Mahathir menyatakan kesediaan menyokong keputusan majoriti termasuk jika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipilih sebagai Perdana Menteri.



"Kita ikut apa yang majoriti (Ahli Parlimen) mahu," kata Ahli Parlimen Langkawi itu.



Malaysia sekarang, dakwa Tun Dr Mahathir, berdepan dengan masalah dan kerana itu mereka berdua telah memikirkan secara mendalam tentang usaha yang perlu dilakukan.



Melihat kepada pengalaman bertahun-tahun memerintah dan mentadbir kerajaan, kedua-dua tokoh ini menawarkan diri untuk membantu rakyat dan membawa negara itu kembali mencapai kemajuan lebih baik.



"Kami berbincang untuk mencari jalan supaya Malaysia kembali menjadi negara maju semula. Kita sedar pada waktu ini negara kita menghadapi banyak masalah dan whole of government system (keseluruhan sistem pemerintahan) tidak berjalan dengan baik.



"Kerajaan pun mempunyai kelebihan cuma dua undi sahaja dan semua ahli-ahli politik di Malaysia ini hanya asyik dengan politik sahaja," kata Tun Dr Mahathir.



Dalam sidang media itu, Tun Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, beliau dan Tengku Razaleigh mengharapkan agar status kegemilangan Malaysia sebagai kuasa ekonomi 'Asian Tiger' dapat dikembalikan semula.



Ditanya sekiranya beliau telah punya barisan kepimpinan sekiranya dipilih semula sebagai perdana menteri, Tun Dr Mahathir berkata: "Tiada barisan. Tiada."




''Jika Kerajaan kalah, maknanya kita tidak ada kerajaan. Jadi terdapat peluang untuk membentuk kerajaan tetapi apabila kita ingin membentuk kerajaan kita harap mereka pilih orang-orang yang sedia berkhidmat untuk negara dan rakyat, bukan kerana ''saya mahu menjadi Perdana Menteri''. Saya harap mereka yang dalam Dewan Rakyat dapat berhenti memikirkan tentang diri mereka semata-mata, tetapi mula memikirkan tentang negara. Kita lihat kerajaan ini tidak mempunyai motivasi untuk membantu rakyat, tetapi hanya memikirkan apa yang mereka dapat.''
- Dr Mahathir Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >