Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah dengar rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan liwat

Oct 12, 2016 | 10:39 AM



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan Malaysia dijadual mendengar permohonann semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan liwatnya pada Rabu (12 Oktober), dengan ketua pendakwa baru mengendalikan sesi itu bagi Jabatan Peguam Negara (AGC), lapor akhbar The Star.



Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, daripada bahagian perbicaraan dan rayuan AGC, akan mengetuai pendakwaan bagi pendengaran semakan itu, sementara Datuk Seri Gopal Sri Ram sekali lagi mengetuai pasukan pembelaan.



Datuk Seri Anwar, 69 tahun, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat selepas dipenjarakan pada Februari tahun lepas.



Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb tahun lalu mengekalkan sabitan beliau bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31 tahun, di sebuah kondominium di bandar pinggir barat Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.



Rayuan pada Rabu ialah tindakan undang-undang terakhir bagi mengetepikan sabitan itu.



Pasukan peguam Datuk Seri Anwar telah berkata mereka akan mengetengahkan kekurangan bukti DNA dan ketidaktekalan kesaksian Encik Mohd Saiful bagi semakan tersebut.



Menjelang perbicaraan itu, sekumpulan kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Anwar berkumpul berhampiran Istana Kehakiman, yang menempatkan Mahkamah Rayuan Malaysia dan Mahkamah Persekutuan, di Putrajaya mengibarkan bendera parti beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR), lapor Malay Mail Online.



Mereka, bagaimanapun, menjauhi kawasan bangunan itu sendiri, yang dikepung dan dijaga oleh pegawai polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >