DHAKA: Sebuah mahkamah Bangladesh kelmarin mengesahkan keputusan pemerintah negara itu melarang perkahwinan antara warga negara berkenaan dan pelarian daripada masyarakat minoriti Rohingya dari Myanmar, yang melarikan diri daripada keganasan etnik.
Mahkamah Tinggi di Dhaka menolak usaha undang-undang seorang bapa yang anaknya bernikah dengan seorang remaja Rohingya pada September lalu walaupun undang-undang melarang perkahwinan sedemikian.