NEW YORK: Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat kelmarin menolak saman menuntut pampasan bernilai AS$655.5 juta ($0.87 bilion) terhadap Pihak Berkuasa Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang dikemukakan rakyat Amerika yang maut dan cedera dalam enam serangan di Israel.
Mahkamah Rayuan Kedua di New York memutuskan mahkamah rendah yang mengeluarkan keputusan pada Februari 2015 tidak mempunyai bidang kuasa berhubung kes itu dan mengarahkan ia digugurkan.