Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah rayuan AS dengar hujah bangkang, sokong larangan imigresen Trump

Feb 08, 2017 | 12:23 PM



SAN FRANCISCO/WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, meminta mahkamah rayuan Amerika pada Selasa (7 Feb) memerintahkan bahawa seorang hakim persekutuan tersilap menggantung larangan sekatan perjalanan sementara yang Encik Trump kenakan ke atas rakyat dari tujuh negara majoriti Muslim dan semua pelarian.



"Kongres dengan jelas telah membenarkan presiden menggantung kemasukan beberapa kategori orang asing," kata peguam khas bagi Jabatan Kehakiman Amerika, Encik Ogos Flentje, semasa di soal hebat oleh panel tiga hakim Mahkamah Litar Rayuan AS Kesembilan.



"Itulah yang presiden lakukan dalam hal ini," kata Encik Flentje pada permulaan hujah lisan yang dijalankan melalui telefon dan disiarkan secara langsung dalam talian.



Beliau berkata arahan presiden pada 27 Jan lalu itu sah di bawah Perlembagaan Amerika.



Mahkamah itu berkata pada akhir sesi bahawa ia akan mengeluarkan keputusan secepat mungkin.



Sebelum ini, mahkamah itu berkata ia mungkin membuat keputusannya minggu ini tetapi tidak pada Selasa. Perkara ini akhirnya besar kemungkinan dibawa ke Mahkamah Agung Amerika.



Arahan imigresen Encik Trump melarang selama 90 hari orang dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman memasuki Amerika, sementara semua pelarian dilarang selama 120 hari, kecuali pelarian dari Syria, yang dilaranga selama-lamanya.



Seorang hakim persekutuan di Seattle, yang respons pada cabaran oleh kerajaan negeri Washington, menggantung arahan itu pada Jumaat lalu (3 Feb).



Individu dan kumpulan hak sivil mencabar larangan tersebut dengan berkata pentadbiran Encik Trump tidak menawarkan bukti bahawa ia sebagai respons kepada ancaman. Penentang arahan itu juga berkata ia mendiskriminasi terhadap umat Islam.



Kerajaan negeri Minnesota dan Washington telah membawa kes terhadap pentadbiran Trump.



Para hakim bertanya Encik Flentje apakah bukti yang arahan eksekutif itu gunakan untuk menghubungkan tujuh negara tersebut dengan pengganasan di Amerika.



Beliau menjawab Kongres dan pentadbiran Trump telah menentukan bahawa tujuh negara itu menimbulkan risiko terbesar pengganasan dan pernah mengenakan syarat visa lebih ketat ke atas mereka.



Tetapi beliau tidak memberi contoh-contoh khusus.



Pada satu masa, beliau berkata: "Saya tidak pasti yang saya meyakinkan mahkamah ini."



Encik Noah Purcell, peguam cara bagi negeri Washington, memulakan hujahnya dengan menggesa mahkamah itu supaya menjadi "pemeriksa terhadap penyalahgunaan eksekutif".



"Presiden meminta mahkamah ini turun daripada menjalankan peranan itu," kata Encik Purcell. "Mahkamah ini harus menolak jemputan itu."



Para hakim mengajukan soalan bertalu-talu kepada kedua-dua pihak.



Hakim Richard Clifton mendesak meminta bukti bahawa larangan itu merupakan diskriminasi terhadap orang Islam dan berkata beliau mendengar lebih dakwaan daripada bukti.



"Saya tidak fikir dakwaan mencukupi pada peringkat ini," kata Hakim Clifton, ahli panel yang dilantik oleh mantan presiden George W. Bush, seorang Republikan seperti Encik Trump.



Dua lagi ahli panel dilantik oleh mantan presiden Jimmy Carter dan Barack Obama, kedua-duanya daripada parti Demokrat.



Walaupun isu undang-undang sebenar berhubung larangan Encik Trump itu ialah sejauh mana seorang presiden berkuasa memutuskan siapa tidak boleh memasuki Amerika, mahkamah rayuan tersebut hanya melihat isu lebih kecil apakah mahkamah Seattle itu mempunyai alasan untuk menghentikan perintah Encik Trump.



Ia akan menjadi kuputusan sementara sehingga kes mengenai merit arahan tersebut didengar oleh mahkamah, kata jurucakap Rumah Putih, Encik Sean Spicer. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >