TINDAKAN LARANG RAKYAT TUJUH NEGARA MAJORITI MUSLIM MASUKI AMERIKA SYARIKAT

Mahkamah Rayuan dengar permohonan Jabatan Kehakiman

SAN FRANCISCO/WASHINGTON: Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat mendengar hujah lewat semalam sama ada mahu melaksanakan semula arahan eksekutif Presiden Donald Trump melarang kemasukan semua pelarian selama 120 hari serta menyekat kedatangan pemegang pasport Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman selama 90 hari.

Jabatan Kehakiman yang mengemukakan permohonan semalam berkata penggantungan minggu lalu yang dibuat Hakim James Robart, adalah terlalu luas dan "seharusnya" hanya diperuntukkan kepada mereka yang diberi kebenaran memasuki negara ini tetapi ke luar negara buat sementara waktu, atau mereka yang telah meninggalkan dan ingin kembali ke Amerika.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan