Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Tinggi Syariah M'sia keluarkan waran tangkap usahawan kosmetik Nur Sajat

Feb 23, 2021 | 04:13 PM



SHAH ALAM:  Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam pada Selasa (23 Februari) mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Nur Sajat, kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.



Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii terhadap Nur Sajat yang nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.



Menurut laporan Sinar Harian, difahamkan, prosiding pada Selasa dijadualkan berlangsung pada 9 pagi bagi sebutan semula kes, namun kelibat usahawan kontroversi itu tidak kelihatan sehingga tamat prosiding.



Dalam pada itu, peguam, Zuri Zabuddin Budiman, ketika ditemui wartawan di luar mahkamah berkata, Sajat tidak hadir di mahkamah pada Selasa, namun beliau diwajibkan menghadiri prosiding pada tarikh baru kelak.



Disebabkan itu katanya, prosiding kes ditangguh kepada 1 Jun depan bagi sebutan semula kes.



"Saya tunggu juga Sajat, tetapi dia tak datang. Pihak kami mungkin akan hantar mitigasi, tetapi belum dibincangkan lagi," katanya.



Selain Zuri Zabuddin, Sajat turut diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib, Azlina Che Hasan dan Amirah Zainal.



Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie, Atras Mohd Zain.



Pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.



Sebelum itu satu rakaman video tular di laman sosial, memaparkan Sajat menangis dalam keadaan bergari.



Menerusi Instagram miliknya, beliau mendakwa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seakan melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan kepadanya ketika proses siasatan dijalankan di Ibu Pejabat JAIS di sini.



Muhammad Sajjad, 36 tahun, turut mendakwa, dilayan dengan buruk dan digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut bagi mempertahankan diri walaupun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.



Dalam pada itu, JAIS mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap Muhammad Sajad.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >