Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah tolak rayuan Najib agar kes SRC dibatal, arah bicara rayuan terakhir diteruskan

Aug 18, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Prosiding rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dijadual berlangsung hari ini, setelah rayuannya untuk membatalkan perbicaraan itu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia kelmarin.



Percubaan pasukan pembelaan Datuk Najib untuk menangguhkan perbicaraan rayuan akhir itu juga ditolak.



Jika gagal dalam rayuan akhirnya, beliau, 69 tahun, berdepan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ($65 juta), yang telaj dijatuhi ke atas semasa perbicaraan awal.



Kegagalan membatalkan sabitannya akan juga membatalkan kelayakannya bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia yang akan datang, yang mesti diadakan menjelang September tahun depan.



Datuk Najib memohon perbicaraan semula dengan memperkenalkan bukti baru berhubung dakwaan konflik kepentingan melibatkan hakim Mahkamah Tinggi Nazlan Ghazali.



Datuk Nazlan mensabitkan kesalahan Datuk Najib kerana menyalah guna RM42 juta wang SRC International, bekas anak syarikat dana pelaburan kerajaan Malaysia yang dilanda skandal rasuah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Pihak pembelaan berusaha menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti Hakim Nazlan, dengan mengatakan keputusan beliau itu telah dikompromi oleh pekerjaan terdahulunya di Maybank.



Ketua pendakwa raya V. Sithambaram berhujah dakwaan peguam Datuk Najib itu berdasarkan khabar angin, dan menyifatkan afidavit Dtuk Najib yang menyokong usul itu "tidak relevan dan melampau".



Panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara menolak usul untuk memperkenal bukti baru itu.



Hakim Tengku Maimum berkata permohonan daripada pasukan Datuk Najib itu tidak memenuhi "ambang tinggi" yang diperlukan bagi memperkenal bukti baru pada peringkat akhir proses rayuan.



Ini mendorong peguam Datuk Najib segera berusaha menangguhkan perbicaraan rayuan terakhir sekurang-kurangnya tiga bulan, dengan alasan beliau baru sahaja bertukar peguam dan peguam barunya memerlukan lebih masa untuk bersedia.



Hakim Tengku Maimun, dalam menolak permintaan penangguhan, berkata walaupun Datuk Najib mempunyai hak untuk menukar peguam, beliau "tidak berhak" membuat pilihan itu dengan mengorbankan "mahkamah, pendakwaan atau keseluruhan sistem keadilan".



Beliau juga berkata berdasarkan rekod sebelum ini, mahkamah telah mengeluarkan peringatan kepada pihak terlibat sebanyak empat kali bahawa rayuan akan diteruskan mengikut tempoh yang ditetapkan, iaitu antara 15 hingga 26 Ogos tahun ii.



Sementara itu dalam sidang media di lobi Istana Kehakiman selepas keputusan itu, Datuk Najib berkata: "Saya terkejut, sangat kecewa, bukti itu jelas menunjukkan ia mempunyai nilai yang boleh diterima oleh mahkamah tapi ia tidak berlaku."



Semalam presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengajak anggota parti itu bersolidariti dengan Datuk Najib.



Beliau berkata, akar umbi Umno dan Barisan Nasional akan terus menyokong Datuk Najib tidak kira belau dalam keadaan susah atau senang.



"Kita bukan kacang lupakan kulit. Itulah persahabatan dan perjuangan sejati kita dalam Umno," kata Datuk Seri Zahid.



Walaupun perbicaraan rayuan akhr Datuk Najib dijadual berlangsung hingga 26 Ogos, keputusannya dijangka diketahui hanya kemudian, kerana mahkamah biasanya menetapkan tarikh lain untuk menyampaikan keputusan.



Kes SRC yang sedang berlangsung itu adalah yang pertama daripada lima perbicaraan rasuah yang dihadapi Datuk Najib, yang menjadi perdana menteri dari 2008 hingga 2018.



Semua perbicaraan itu berkisar tentang 1MDB, yang diasaskan bersama Datuk Najib pada 2009. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >