Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahmoud Abbas, menteri Israel bincang proses damai

Oct 05, 2021 | 05:30 AM



RAMALLAH: Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, telah mengadakan pertemuan dengan perwakilan Israel di Ramallah kelmarin - pertemuan kedua antara kedua-dua pihak dalam masa sebulan.



Menurut sumber di kedua-dua pihak, Encik Abbas menerima kehadiran Menteri Kesihatan Israel, Encik Nitzan Horowitz; Menteri Kerjasama Serantau, Encik Issawi Freij; dan, timbalannya, Encik Michal Rozin, semuanya dari parti sayap kiri, Meretz, yang merupakan sebahagian daripada pemerintah gabungan.



"Presiden menekankan pentingnya mengakhiri pendudukan Israel dan mencapai perdamaian yang adil dan global, sesuai dengan ketetapan antarabangsa," lapor agensi berita rasmi wilayah itu WAFA.



Encik Abbas turut menekankan perlunya menghentikan penempatan dan menamatkan pengusiran keluarga Palestin daripada daerah berbeza di Baitulmakdis Timur, WAFA menambah.



Anggota Meretz mengulangi sokongan mereka untuk mencapai huraian dua negara bagi konflik tersebut, untuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan perlunya membina kepercayaan antara kedua-dua belah pihak.



"Kami mempunyai misi bersama," tulis Encik Horowitz kemudian di Twitter.



"Untuk mempertahankan harapan mencapai perdamaian yang berdasarkan penyelesaian dua negara."



Catatan Twitter itu melampirkan gambar beliau berdiri bersama Encik Abbas.



Encik Horowitz, yang merupakan pemimpin parti Meretz, dikritik keras oleh pihak berhaluan kanan di Israel disebabkan pertemuannya dengan Encik Abbas.



Pada hujung Ogos lalu, Menteri Pertahanan Israel, Encik Benny Gantz mengunjungi ibu pejabat Penguasa Palestin untuk berbincang dengan Encik Abbas, pertemuan rasmi pertama di peringkat itu dalam beberapa tahun.



Namun setelah perbincangan itu, Perdana Menteri Israel Naftali Bennett menegaskan bahawa tiada proses perdamaian yang sedang berlangsung dengan rakyat Palestin, "dan tidak akan wujud proses sedemikian".



Mesyuarat pada Ahad berlaku sedang pemimpin gerakan Hamas, yang menguasai Jaluran Gaza, mengadakan rundingan di Kahirah, Mesir, mengenai kemungkinan pertukaran tahanan dengan Israel.



Ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan lalu, Encik Abbas pada 24 September memberi tempoh satu tahun kepada Israel untuk menarik diri daripada wilayah yang diduduki.



Jika mereka gagal, beliau tidak akan lagi mengiktiraf negara Israel berdasarkan sempadan sebelum 1967. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >