Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahmoud Abbas: Negara Barat tidak endah jenayah ke atas rakyat Palestin

Mar 29, 2022 | 05:30 AM



RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas, kelmarin mengecam pemerintah Barat kerana hanya bersikap adil berhubung tindak balas terhadap perbuatan Russia menyerang Ukraine.



Menurut beliau, negara-negara Barat menghukum Russia kerana perbuatan itu, tetapi tidak mempedulikan jenayah ke atas rakyat Palestin yang dilakukan oleh Israel.



Encik Abbas berkata demikian kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, dalam satu sidang akhbar dengan wartawan di kediaman presiden di Ramallah, yang terletak di kota Tebing Barat - tempat yang sedang dijajah Israel.



"Perkara yang sedang berlaku di Eropah menunjukkan dwistandard



yang ketara" kata Encik Abbas, bercakap kepada Encik Blinken.



"Meskipun jenayah yang dilakukan penjajah Israel di sini, yang boleh disifatkan sebagai diskriminasi perkauman dan penghapusan etnik... kami belum menemui sesiapa yang mempertanggungjawabkan Israel kerana bertindak seolah-olah ia tidak tertakluk kepada undang-undang," kata beliau.



Encik Blinken telah mengadakan rundingan dengan Encik Abbas semasa hari pertama dalam lawatannya ke sana, yang akan melibatkan pertemuan dengan menteri-menteri ehwal luar Israel dan empat negara Arab yang telah melaksana hubungan dua hala dengan Israel.



Encik Blinken memberitahu Encik Abbas beliau ingin memperbaharui hubungan antara Amerika dengan Palestin, selepas ia runtuh semasa pentadbiran mantan presiden Amerika, Encik Donald Trump.



Namun, dengan tumpuannya kini menghala ke arah China dan Ukraine, dan Washington telah memperuntuk masa yang berkurangan pada isu-isu di Timur Tengah.



Penguasa Palestin (PA), yang diketuai Encik Abbas, telah mengundang cemuhan dari diplomat negara-negara Barat sejak beberapa minggu lalu, kerana ia telah mengutuk perbuatan Russia menyerang Ukraine.



Beberapa sumber diplomatik negara-negara Barat telah memberitahu AFP mereka telah memohon kepada PA - penerima utama derma dari Kesatuan Eropah (EU) - untuk mengutuk Russia.



Encik Blinken tidak menimbulkan isu tentang Ukraine semasa berdepan dengan wartawan, serta topik-topik lain termasuk pembukaan semula konsulat Amerika bagi rakyat Palestin di Baitulmakdis Timur yang ditutup oleh Encik Trump dan tidak ingin dibuka semula oleh Israel.



Namun Encik Blinken berikrar untuk mengekalkan sokongan bagi rakyat Palestin, dan berkata ia telah memberikan bantuan kewangan bagi pembangunan dan juga bantuan kemanusiaan AS$500 juta ($680 juta) pada tahun lalu.



"Amerika komited membina semula hubungan dengan PA dan dengan rakyat Palestin," kata Encik Blinken kepada Encik Abbas. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >