Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahu PBB tindak lebih tegas ke atas Korea U

Usul Amerika Syarikat bagaimanapun dibantah China dan Russia
Sep 10, 2017 | 05:30 AM



NEW YORK: Amerika Syarikat secara rasmi telah meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk mengenakan sekatan lebih keras ke atas Korea Utara esok, walaupun usulan tersebut menerima tentangan daripada China dan Russia.



Washington sudah membentangkan satu resolusi draf PBB untuk mengenakan sekatan minyak ke atas Korea Utara, membekukan aset Kim Jong-Un, sekatan tekstil dan menghentikan pembayaran pekerja Korea Utara.



"Pada petang ini, Amerika Syarikat memaklumkan kepada Majlis Keselamatan PBB bahawa ia berhasrat untuk mengadakan mesyuarat bagi mengundi draf resolusi untuk mengenakan sekatan tambahan ke atas Korea Utara pada Isnin, 11 September," kata kenyataan itu.



Namun, tidak pula jelas bagaimana China dan Russia akan menyokong undian tersebut, tetapi seorang pegawai Amerika telah melahirkan rasa kurang yakin kededua negara itu akan menerima resolusi tersebut, selain hanya menyokong sekatan import tekstil Korea Utara.



Para pegawai China pula telah melahirkan kebimbangannya bahawa mengenakan sekatan minyak akan mendatangkan risiko ketidakstabilan bagi jirannya itu.



Resolusi Majlis Keselamatan PBB itu memerlukan sembilan undian menyokong dan tiada veto dibuat oleh anggota tetap Britain, Amerika, Perancis, Russia atau China untuk ia diluluskan.



Ketegangan di Semenanjung Korea meningkat sejak kebelakangan ini selepas Korea Utara meningkatkan pembangunan senjatanya, mengadakan ujian peluru berpandu termasuk yang terbang merentasi udara Jepun, selain menjalankan ujian nuklear keenam minggu lalu.



Sementara itu, Korea Selatan bersiap menghadapi satu lagi ujian peluru berpandu Korea Utara ketika negara jirannya itu menyambut ulang tahun pembentukannya semalam.



Sepanjang minggu lalu, para pegawai Korea Selatan telah memberi amaran bahawa Korea Utara mungkin melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua, sebagai tanda mengingkari sekatan PBB.



Korea Utara pula berkata ia memerlukan senjata tersebut untuk melindungi negaranya daripada sifat agresif Amerika, selain ia sering mengancam untuk memusnahkan negara tersebut. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >