Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis Keselamatan PBB kecam pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Mar 08, 2017 | 09:50 AM



BANGSA-BANGSA BERSATU - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa (7 Mac) mengecam keras pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara baru-baru ini dan melahirkan kebimbangan mereka terhadap Pyongyang ke atas "tingkah laku yang semakin tidak stabil".



Kecaman kuat keluar dalam satu kenyataan yang dilakar Amerika Syarikat itu diluluskan sebulat suara oleh majlis tersebut walaupun ketegangan antara Amerika dengan China berhubung tindakan Washington menempatkan sistem pertahanan peluru berpandu canggih di Korea Selatan.



Majlis itu menyifatkan ujian peluru berpandu itu sebagai 'pencabulan' resolusi PBB terhadap sekatan ke atas Korea Utara daripada membangunkan teknologi peluru berpandu dan berikrar akan "mengambil langkah-langkah penting".



Anggota majlis akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu atas permintaan Amerika Syarikat dan Jepun untuk membincangkan pelancaran empat peluru berpandu Korea Utara yang menyatakan ia adalah sebahagian daripada latihan untuk menyerang pangkalan tentera Amerika di Jepun.



Tiga daripada peluru berpandu yang dilancarkan pada hari Isnin jatuh di kawasan perairan berhampiran Jepun.



Anggota Majlis, dalam kenyataan itu menyatakan bahawa kegiatan Korea Utara "meningkatkan ketegangan di rantau ini dan di luarnya dan juga risiko perlumbaan senjata serantau".



Amerika mengedarkan kenyataan draf menjelang mesyuarat sedang ketegangan dengan China semakin membara ekoran tindakan Amerika menempatkan an sistem pertahanan peluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (Thaad).



Ketumbukan Amerika di Pasifik berkata pada Isnin bahawa Amerika telah mula menggerakkan sistem Thaad ke Korea Selatan, yang direka bagi mempertahankan sekutu AS daripada serangan Korea Utara.



China berkata ia "tegas menentang" penempatan itu dan berikrar akan "mengambil langkah-langkah perlu" bagi mempertahankan kepentingan keselamatannya.



China, anggota tetap Majlis dan sekutu utama Pyongyang, berhujah bahawa penggunaan Thaad akan menjejaskan kestabilan keadaan di Semenanjung Korea.



Majlis itu telah mengenakan enam set sekatan ke atas Korea Utara - dua daripadanya diterima tahun lalu untuk meningkatkan tekanan dan menafikan pendapatan rejim Kim Jong-Un.



Satu laporan panel PBB baru-baru ini menyatakan Korea Utara mengambil jalan keluar dengan menubuhkan syarikat di China dan Malaysia.



Laporan itu mempersoalkan komitmen China melaksanakan sekatan terhadap Korea Utara.



Majlis itu menggesa semua negara anggota supaya melipatgandakan usaha bagi memastikan mereka mematuhi sekatan resolusi. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >