Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Dunia0

Majlis Tertinggi Umno bermesyuarat malam ini tentukan kedudukan PN

Oct 26, 2020 | 08:43 PM

KUALA LUMPUR: Kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus kekal atau tidak, akan terjawab selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini (Isnin, 26 Oktober).

Ibu Pejabat UMNO sudah menghantar jemputan kepada semua Ahli MT supaya hadir ke mesyuarat bagi membincangkan kedudukan terkini parti dalam PN selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah tidak perkenan permohonan kerajaan mengisytiharkan darurat.

UMNO yang mempunyai 39 Ahli Parlimen (AP) yang menyokong kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengadakan ‘gencatan politik’ dengan PN berikutan peningkatan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, ramai pemimpin utama UMNO seperti AP Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, mantan AP Johor Bahru, Tan Sri Sharil Samad serta pemimpin negeri tidak setuju dengan langkah kerajaan PN itu.

Petang tadi, AP Barisan Nasional (BN) mengadakan mesyuarat tertutup di ibu pejabat UMNO bagi membincangkan isu terkini itu.

Difahamkan sebarang pandangan mesyuarat BN itu dibawa ke mesyuarat MT untuk satu keputusan yang akan menentukan kedudukan gabungan itu dalam PN.

Sementara itu, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, mesyuarat itu tidak membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Parlimen.

Katanya, mesyuarat itu mendengar pelbagai pandangan daripada mereka yang hadir.

“Kita mendengar pandangan dari wakil rakyat BN tentang pendirian kita dan hala tuju yang patut dijadikan ketetapan parti.

“ Malam ini MT UMNO akan membuat keputusan, kita sekadar buat percambahan fikiran dengan pandangan Ahli Parlimen,” katanya selepas menghadiri mesyuarat berkenaan.

Tengku Razaleigh berkata, mesyuarat itu diadakan bagi membolehkan AP BN memberi pandangan masing-masing mengenai isu politik tanah air.

Katanya, apa yang disebut oleh AP BN dalam pertemuan itu akan diputuskan pada mesyuarat MT malam ini.

Ahli MT, Zahidi Zainul Abidin, mengesahkan cadangan supaya menarik balik sokongan kepada kerajaan PN turut dibincangkan.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat tidak membincangkan isu supaya Tan Sri Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian