Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

'Majoriti di 4 wilayah Ukraine yang diduduki sokong sertai Russia'

Sep 29, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Pegawai berkuasa yang dilantik Russia di empat wilayah yang didudukinya di Ukraine melaporkan majoriti besar undian menyokong menyertai Russia sedang Amerika Syarikat merancang satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengecam pungutan suara itu.



Amerika juga sedang menyediakan satu pusingan sekatan baru terhadap Russia sekiranya ia mengilhak wilayah Ukraine, sedang negara itu juga bakal mengumumkan pakej senjata berjumlah AS$1.1 bilion ($1.6 bilion) buat Ukraine, kata pegawai Amerika.



Proses undian yang diatur secara tergesa-gesa berlaku sepanjang lima hari di kawasan timur Donetsk dan Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson di selatan, yang semuanya membentuk kira-kira 15 peratus wilayah Ukraine.



Jumlah undian daripada keputusan lengkap kelmarin di empat wilayah adalah antara 87 peratus hingga 99.2 peratus memihak untuk menyertai Russia, menurut pegawai yang dilantik Russia.



Ketua dewan tinggi Parlimen Russia berkata dewan itu mungkin menimbangkan tindakan pengilhakan pada 4 Oktober ini.



"Hasilnya jelas. Selamat pulang ke Russia!" kata Encik Dmitry Medvedev, timbalan pengerusi Majlis Keselamatan Russia.



Di wilayah Ukraine yang diduduki Russia itu, pegawai yang dilantik Russia membawa peti undi dari rumah ke rumah dalam apa yang dikatakan pihak Ukraine dan Barat sebagai tindakan paksaan yang tidak sah untuk mencipta alasan undang-undang untuk mengilhak empat wilayah itu.



"Tindakan jahat di wilayah yang diduduki Russia ini tidak boleh dipanggil seperti pungutan suara pun," kata Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >