Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Malaikat maut' diburu lepas 48 pesakit mati di hospital Jepun

Oct 04, 2016 | 10:38 AM



TOKYO: Hampir 50 orang mati di sebuah hospital bagi warga tua di Yokohama antara Julai dan September lalu, dalam apa yang disyaki polis Jepun sebagai satu siri pembunuhan belas kasihan.



Orang di sebalik kematian di Hospital Oguchi di bandar kedua terbesar di Jepun itu besar kemungkinan mempunyai pengetahuan perubatan dan ada kaitan dengan hospital tersebut, kata polis.



Belum ada tangkapan dibuat dalam siasatan itu, yang dilancarkan bulan lalu selepas dua pesakit, kedua-duanya berusia 88 tahun, mati diracun selang beberapa hari.



Modus operandi pelakunya, yang digelar 'malaikat maut', ialah menyuntik bahan kimia yang digunakan dalam penyahjangkit ke dalam tetesan intravena pesakit.



Polis cuba menentukan punca kematian 46 pesakit yang meninggal dunia lebih awal, tetapi mengakui ini mungkin sukar kerana kebanyakan mayat telah dibakar.



Lima pesakit meninggal dunia pada satu hari pada akhir Ogos dan empat pada satu hari awal bulan lalu.



Pegawai hospital tidak mengesyaki apa-apa sehingga Encik Nobuo Yamaki meninggal dunia pada 20 Sept dan jururawat menyedari kehadiran tidak normal buih kecil dalam beg tetesan intravena beliau.



Encik Yamaki meninggal dunia dua hari selepas Encik Sozo Nishikawa, yang diracun.



Dua kematian itu berlaku semasa hujung minggu panjang sempena cuti awam Hormati Orang Tua, apabila ramai kakitangan hospital tersebut tidak bekerja.



Polis mengesyaki pembunuh itu menyasarkan mangsa sembarangan. Sepuluh daripada 50 beg tetesan intravena belum digunakan yang disimpan di belakang meja jururawat di tingkat empat didapati mempunyai tanda tusukan.



Ramai daripada pesakit hospital itu, yang tidak mengambil sembarang pesakit baru sementara siasatan dijalankan, terlantar dan mempunyai masalah makan sendiri.



Ini bukan kejadian pertama yang mencemar hospital itu. Pada April, apron seorang jururawat dikelar, manakala pada Ogos, bibir seorang kakitangan melepuh selepas minum minuman yang disyaki dicampur peluntur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >