AKHBAR BAHASA MELAYU DIPERCAYAI TERBITAN IS
Malaysia akan kenakan tindakan tegas ke atas pengeluar, pengedar
Jul 13, 2016 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) akan mengenakan tindakan tegas ke atas pengeluar dan pengedar akhbar berbahasa Melayu yang dipercayai terbitan militan IS kerana ia dilarang di sisi undang-undang.
Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka (pengeluar dan pengedar).