Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia bakal meterai perjanjian pembelian vaksin Covid-19 dengan AstraZeneca

Dec 20, 2020 | 03:33 PM



KLUANG: Kerajaan Malaysia akan memeterai perjanjian pembelian vaksin Covid-19 dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca dari United Kingdom pada Isnin (21 Disember) bagi memenuhi keperluan pengimunan 20 peratus rakyat Malaysia.



Ini didedahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Sabtu (19 Disember).



Menurutnya, ini merupakan perjanjian ketiga selepas COVAX dan Pfizer yang dimeterai akhir bulan lalu, masing-masing bagi 10 dan 20 peratus rakyat Malaysia.



“Keseluruhannya, kita (Malaysia) akan dapat membeli vaksin bagi keperluan 50 peratus rakyat daripada syarikat pembekal untuk keperluan rakyat negara ini.



“Kita akan cuba mendapatkan kesemua bekalan vaksin ini pada suku pertama tahun depan,” katanya dalam satu laporan agensi berita yang ditukil laman Bloomberg.



Beliau berkata demikian selepas majlis simbolik penyerahan sumbangan ‘Aerosol Intubation Box’ (kekotak intubasi aerosol) oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kepada Kementerian Kesihatan (KKM) di Simpang Renggam pada Sabtu.



Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang juga, Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.



Dr Adham berkata pada masa yang sama, kerajaan Malaysia juga perlu menambah sebanyak 20 peratus lagi pemerolehan vaksin bagi memenuhi keperluan sehingga 70 peratus rakyat Malaysia.

Beliau berkata usaha akan dilakukan bagi menarik syarikat pengeluar vaksin dunia untuk membekalkannya kepada Malaysia.



“Yang penting, syarikat mana yang beri akses cepat kepada vaksinnya dan ia mesti selamat, berkesan serta bermutu.



“Vaksin ini mesti berkelulusan dari negara pengeluar sendiri dan perlu mendapat kelulusan daripada bahagian Regulotari Farmasi Negara (NPRA) KKM.



“Sekiranya ini selesai, maka kita boleh vaksinkan masyarakat dengan yang pertama sekali ialah dalam kalangan petugas barisan hadapan pada awal 2021,” katanya.



Kumpulan pertama vaksin itu dijadualkan akan diperolehi pada Februari 2021 dengan bekalan diterima secara berterusan sehingga akhir 2021.



Pada 24 November lalu, Malaysia mengumumkan bahawa ia akan mendapatkan bekalan awal sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada Pfizer bagi menampung keperluan pengimunan 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia secara percuma.



Kenaikan kes Covid-19 di Malaysia cukup membimbangkan sejak September lalu dengan 92,000 kes baru dilaporkan dan 433 kematian pula berpunca daripada koronavirus. – Agensi berita, Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >