Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia berjaga-jaga bagi serangan penyokong ISIS yang bertindak sendirian

Jun 24, 2016 | 08:52 AM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia sedang perkuat diri bagi menghadapi kemungkinan serangan dilakukan oleh seorang penyokong Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) yang bertindak sendirian, selepas kumpulan pengganas itu mengeluarkan ancaman kepada Bukit Aman dalam sebuah video propaganda.



"Kamu di Bukit Aman, kamu tidak akan selamat. Kami akan menyembelih kamu... apabila kami pulang. Rakan-rakan kami di tanah air akan buru kamu," kata pejuang ISIS warga Malaysia di Syria yang pertama diketahui, dalam video yang dikeluarkan pada Selasa (21 Jun) itu.



Dalam video propaganda itu, tiga pejuang Asia Tenggara ISIS di Syria - Malaysia, Filipina dan Indonesia- bergilir-gilir menggesa penyokong ISIS di negara asal mereka supaya melakukan serangan. Mereka difahamkan adalah anggota bahagian Khatibah Nusantara ISIS, iaitu cawangan Asia Tenggara ISIS di Syria.



Ketua bahagian menentang pengganasan Cawangan Khas Bukit Aman Malaysia, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata polis telah "bersedia bagi serangan berkemungkinan dalam enam bulan oleh dua sumber, Khatibah Nusantara di Filipina, dan IS pusat", menggunakan satu lagi singkatan ISIS.



"Serangan yang disasarkan mungkin dijalankan tidak lama selepas ikrar taat setia kepada IS oleh kumpulan-kumpulan di luar Syria itu diterima dan kawasan mereka beroperasi diisytiharkan sebagai milik mereka," kata Datuk Ayob, lapor akhbar New Straits Times (NST).



Bagaimanapun, tentera Filipina menolak video itu, dengan jurucakap tentera, Brigadier-Jeneral Restituto Padilla, menyifatkannya sebagai "propaganda" semata-mata untuk merekrut radikal dari Asia Tenggara.



Dalam video itu, pejuang Malaysia yang dipapar - dikenal pasti polis sebagai Mohd Rafi Udin dari Negeri Sembilan - berkata penyokong kumpulan itu perlu bersatu menyokong pemimpin kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, yang kini digelar sebagai Abdullah al-Filipini, yang telah dilantik oleh ISIS sebagai ketuanya di Asia.



Kumpulan Abu Sayyaf telah berjanji setia kepada ISIS dan pemimpinnya, Abu Bakr al-Baghdadi. Kumpulan pengganas lain, seperti Briged Abu Dujana, Briged Abi Khabib, Briged Jund Allah, dan Abi Sadr juga telah berikrar setia kepada ISIS.



Rafi menggesa penyokong ISIS supaya menggunakan sembarang cara untuk "membunuh" orang bukan Islam.



"Bunuh mereka di mana sahaja kamu bertemu mereka... Jika kamu mempunyai kereta, langgar mereka... Gunakan senjata dan pisau anda untuk menikam mereka di dada," katanya.



Rafi juga berkata dia dan rakan-rakannya di Syria akan memberi sokongan bagi tindakan itu dari jauh.



Militan Filipina dalam video itu pula berkata: "Kami sedang menyembelih orang-orang murtad ini, dan esok, saudara-saudara kami di negeri kamu akan menyembelih kamu... Kami akan menggunakan bahasa pedang dan peluru... Kami akan terus berjuang dan berperang melawan kamu, mengganas terhadap kami dan menimbulkan rasa takut dalam hati kamu."



Dalam video itu, tiga tawanan yang dikatakan merupakan pengintip dipancung oleh tiga anggota Asia Tenggara ISIS.



Datuk Ayob mendedahkan bahagian beliau telah menyaksikan sekurang-kurangnya dua serangan penyokong ISIS yang bertindak sendirian, termasuk seorang pelajar berusia 16 tahun di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.



Dalam serangan di Kedah itu, pelakunya menggunakan pisau dan pistol palsu dan menyasarkan seorang pembantu jualan berusia 27 tahun, lapor NST.



"Budak itu menerima arahan daripada seorang anggota kanan IS rakyat Malaysia supaya menjalankan serangan... jadi dia mengambil pisau dan cuba membunuh beliau hanya kerana beliau bukan Islam," kata Datuk Ayob.



Berkenaan satu lagi serangan itu, beliau berkata: "Kami juga menggagalkan seorang suspek yang bersenjatakan dua pisau 'Rambo' di stesen LRT di Jalan Jelatek."



Datuk Ayob berkata sembilan serangan lain yang dirancang oleh pihak yang bersimpati dengan ISIS telah digagalkan oleh bahagian beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >