Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Malaysia catat rekod 13,215 kes Covid-19 baru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Malaysia catat rekod 13,215 kes Covid-19 baru

Jul 15, 2021 | 03:58 PM

PUTRAJAYA: Lonjakan kes baru harian Covid-19 di Malaysia terus membimbangkan dengan 13,215 kes dilaporkan pada Khamis (15 Julai).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor menjadi penyumbang tertinggi kes Covid-19 dengan 6,120 kes.

Katanya, pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 880,782 kes.

"Turut mencatat pertambahan kes hari ini ialah Negeri Sembilan dengan 1,603 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,499), Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344), Kelantan (255) dan Pahang (222).

"Terengganu mencatat 70 kes baru, Putrajaya (53), Labuan (26) dan Perlis (tiga)," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini. - BH Online

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3