Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia desak polis Britain bagi butir jenayah seks pedofil

Jun 03, 2016 | 11:31 AM



KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia mendesak Britain supaya memberi mereka maklumat mengenai jenayah seks kanak-kanak yang dilakukan seorang lelaki warga Britain, Richard Huckle, dengan harapan mendekati puluhan mangsanya dan mungkin memulakan siasatan mereka sendiri, kata polis.



Perbicaraan Huckle di London menimbulkan kemarahan di Malaysia apabila butir-butir terdedah tentang rentetan serangan seks yang dilakukannya terhadap kanak-kanak miskin semuda enam bulan, selepas mengaturkan dirinya menjadi guru bahasa Inggeris di Kuala Lumpur.



Penyiasat menemui lebih 20,000 imej tidak senonoh pada komputer pedofil (pelaku pedofilia, atau hubungan seks dengan kanak-kanak) itu.



Huckle juga menyimpan rekod serangannya dan menulis manual yang dinamakan Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide (Pedofilia Dan Kemiskinan: Panduan Pencita Kanak-Kanak).



Superintenden Ong Chin Lan, penolong pengarah sebuah bahagian khas yang mengendalikan jenayah seperti itu, berkata polis Malaysia masih tidak tahu identiti mangsa Huckle dan berharap mendapatkan maklumat daripada Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) Britain selepas dia dihukum.



"Kami telah meminta maklumat berulang kali dan akan terus menekan mereka bagi maklumat lanjut untuk tindakan susulan," ujar Supt Ong, yang ditukil agensi berita Bernama.



"Setakat ini mangsa belum dikenal pasti dan NCA hanya memaklumkan kepada kami mengenai kejadian itu kira-kira sebulan lalu."



Perbicaraan penghukuman dijangka berakhir pada Jumaat (3 Jun), dan Huckle, 30 tahun, mungkin dihukum penjara seumur hidup atas 91 tuduhan, termasuk rogol dan serangan seksual terhadap kanak-kanak.



Kes itu mencetuskan rasa jijik di Malaysia, dengan surat khabar menyiarkan pada Jumaat gambar Huckle di muka depan siap dengan tajuk berita penuh kemaharan.



The Star menulis: 'Hantu ini menodai anak-anak kita'



Huckle mengambil gambar dan memuat naik dalam talian beribu-ribu imej serangan seksual yang dilakukannya, membawa kepada pengesanan dan penangkapannya oleh polis British pada Disember 2014 apabila dia pulang dari Malaysia bagi Krismas.



Dia dilaporkan menyasarkan kanak-kanak daripada keluarga Kristian di Malaysia. - AFP



LONDON/PETALING JAYA: Seorang pedofil (pelaku pedofilia, atau hubungan seks dengan kanak-kanak) Britain menghadapi hukuman penjara seumur hidup pada Rabu (1 Jun) selepas mengaku melakukan rentetan serangan seks ke atas kanak-kanak




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >