Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Malaysia hantar setengah juta pelitup ke Serawak akibat jerebu

Sep 10, 2019 | 03:53 PM

KUALA LUMPUR (REUTERS): Keadaan jerebu itu berpunca daripada kebakaran di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia akibat kebakaran di kawasan perhutanan.

Kebakaran itu boleh berlangsung selama berminggu-minggu, terutamanya pada musim kering dan akan menghasilkan jerebu yang boleh menjejas pernafasan di sekitar negara jiran seperti Singapura dan Malaysia.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Indonesia telah menghantar ribuan anggota keselamatan untuk memadam kebakaran selepas mengumumkan kecemasan di enam wilayah di kepulauan Sumatra dan Borneo.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah membuat perolehan dan menghantar 500,000 pelitup kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berikutan situasi jerebu rentas sempadan yang dihadapi negeri itu pada ketika ini.

NADMA dan kementerian pendidikan juga bekerjasama untuk memberi pelitup kepada sekolah yang terletak di kawasan yang terjejas, katanya.

Menurut laporan Meteorologi Malaysia setakat 8 pagi hari ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara di Sarawak khususnya Sri Aman berada ditahap ‘Sangat Tidak Sihat.’ Kawasan-kawasan lain di Sarawak termasuk Kuching dan Samarahan pula berada di tahap ‘Tidak Sihat.’

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3