Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia komited memperbaharui sistem jagaan kesihatan pada pascapandemik

Oct 13, 2021 | 09:55 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengambil langkah ke arah pembaharuan jangka panjang sektor jagaan kesihatan sedang ia secara beransur-ansur berusaha menambah perbelanjaan jagaan kesihatan setiap tahun, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz pada Rabu (13 Oktober).



Bercakap di taklimat maya mengenai Tinjauan Belia Asean terkini bagi Forum Ekonomi Dunia (WEF), yang dianjurkan dengan kerjasama The Straits Times, Datuk Seri Zafrul mengaku perbelanjaan jagaan kesihatan Malaysia memerlukan semakan selepas negara itu mula bangkit daripada impak pandemik Covid-19.



"Kami mempunyai rangka tindakan, kami melihat cara baru mara, dan satu penyelidikan akan dijalankan bagi memperbaharui sistem jagaan kesihatan kita.



"Kami komited dalam memperbaharui sistem jagaan kesihatan kami buat jangka panjang," katanya dalam taklimat tinjauan bertajuk 'Generasi Digital Asean: Laluan ke arah Transformasi dan Pemulihan Digital Inklusif."



Perbelanjaan jagaan kesihatan menyeluruh Malaysia masih di bawah 5 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP), bagi negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).



Ia dijangka mencapai 5 peratus GDP pada 2021, di ambang bajat persekutuan Malaysia selanjutnya yang akan dibentangkan pada 29 Oktober, ujar Encik Zafrul sebelum ini.



Antara arah tuju dasar yang dipertimbangkan adalah menambah bayaran jagaan kesihatan awam bagi mereka yang mempunyai pendapatan lebih tinggi dan memberi insentif bagi orang ramai membeli insuran kesihatan. Skim perlindungan sosial harus menyediakan manfaat kesihatan bagi pekerja tidak formal, kata Encik Zafrul.



Sistem jagaan kesihatan awam Malaysia hampir percuma buat semua penduduk. Encik Zafrul berkata sekitar 70 peratus daripada 32 juta penduduk bergantung pada sektor jagaan kesihatan awam.



Penyebaran varian Delta memberi tekanan buat sistem jagaan kesihatan di Malaysia. Hospital merasakan tamparan hebatnya sementara penggunaan katil Covid-19 secara konsisten melepasi kapasiti 100 peratus sewaktu tempoh kemuncak dua bulan lalu, membawa pada pembinaan hospital lapangan.



Encik Zafrul berkata dengan virus ini kini mara dari peringkat pandemik ke endemik, perlu ada usaha memperbaiki keupayaan negara Asean menyelaras respons berkesan dalam situasi sebegini. - The Straits Times



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >