Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia Lancar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

Oct 05, 2019 | 08:54 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang beliau lancarkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam sebagai lebih baik daripada Wawasan 2020 yang diperkenalkan tiga dekad lalu.


Ini memandangkan kerajaan terdahulu tidak bersungguh-sungguh berusaha mencapai matlamat Wawasan 2020 yang beliau bentangkan sewaktu kali pertama beliau menerajui jawatan Perdana Menteri.



Dr Mahathir menambah strategi dan dasar yang salah menyebabkan usaha Malaysia menjadi negara maju melalui visi berkenaan belum tercapai.


Sebaliknya, kerajaan sebelum ini dilihat lebih menjurus ke arah memberikan wang kepada rakyat berbanding mewujudkan inisiatif supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada bantuan.


“Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia negara maju. Namun, 15 tahun kebelakangan ini, tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.


“Sebaliknya, tumpuan adalah untuk memberi pendapatan yang tinggi dengan cara begitu sahaja,” katanya pada sidang media selepas melancarkan WKB 2030.





Menurutnya lagi, tumpuan kerajaan sebelum ini yang memberi wang menyebabkan sesetengah kumpulan anggota masyarakat terus dilanda kemiskinan kerana terlalu bergantung kepada bantuan.



“Memberi wang dan gaji yang tinggi, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan sebagainya supaya mereka dapat sesuatu bukan hasil usaha mereka, tetapi hasil pemberian kerajaan.





“Apabila kerajaan memberhentikan atau tidak ada wang untuk memberikan bantuan seperti ini, mereka akan terus miskin,” ujarnya.



Justeru katanya,WKB 2030 diharap akan dapat memberikan peluang memperbaiki kehidupan dan kemakmuran rakyat.



Dalam pada itu, Dr Mahathir tidak dapat memberi jaminan bahawa kesinambungan daripada Wawasan 2020 ini akan mencapai matlamatnya.



Ia berikutan kejayaan sesebuah pelan baru bergantung kepada rakyat terutama golongan sasaran.





“Mereka yang berkenaan perlu menerima cabaran yang diberikan kepada mereka. Ia bukan sekadar dasar untuk mengatakan ia berjaya. Orang berkenaan juga perlu respons kepada jalan penyelesaiannya.



“Kita tidak boleh memberi jaminan kerana ia bergantung kepada kita. Ia bergantung kepada orang yang menjadi kumpulan sasaran,” kata beliau.



Namun katanya, melalui WKB 2030 juga, kerajaan Malaysia akan memastikan mereka yang rasuah disingkirkan daripada mendapat peluang dan bantuan. – Agensi berita. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >