Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia lapor kes polio pertama sejak 1992

Dec 09, 2019 | 02:25 PM



KUALA LUMPUR: Bayi tiga bulan dari Malaysia disahkan menghidap polio dalam kes pertama yang dilaporkan di negara itu selepas lebih tiga dekad. 



Bayi lelaki dari Tuaran, Sabah disahkan positif polio Jumaat lalu selepas dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam dan kelemahan pada otot, menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam.



Beliau berkata, bayi itu kini dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan bantuan pernafasan.



Malaysia diisytihar bebas polio pada 2000, selepas melaporkan kes terakhir penyakit itu yang diketahui pada 1992. 



Penyakit tersebut kembali beberapa bulan selepas Filipina melaporkan kes polio pertama sejak 1993 September lalu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >