SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Malaysia longgar PKP di beberapa negeri sedang kes berkurang, vaksinasi bermula

Malaysia longgar PKP di beberapa negeri sedang kes berkurang, vaksinasi bermula

Mar 2, 2021 | 8:31 PM

Malaysia longgar PKP di beberapa negeri sedang kes berkurang, vaksinasi bermula

Selangor, Pulau Pinang, Johor dan KL akan memasuki PKP Bersyarat peringkat pertengahan (PKPB) mulai Jumaat, dengan perjalanan antara daerah di negeri yang sama dibenarkan.
Selangor, Pulau Pinang, Johor dan KL akan memasuki PKP Bersyarat peringkat pertengahan (PKPB) mulai Jumaat, dengan perjalanan antara daerah di negeri yang sama dibenarkan. - EPA-EFE

MALAYSIA akan melonggarkan sekatan kesihatan awam perjalanannya mulai Jumaat (5 Mac), seminggu setelah memulakan kempen vaksinasi besar-besaran bagi Covid-19.

Menteri Kanan (Kelompok Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pada Selasa (2 Mac) bahawa Selangor, Johor dan Pulau Pinang bersama dengan wilayah persekutuan Kuala Lumpur akan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKP itu dikenakan pada 13 Januari dan dilanjutkan dua kali sedang kes Covid-19 melonjak, dengan jumlah harian tertinggi 5,728 dicatat pada 30 Januari.

Kes harian telah merosot dan Program Imunisasi Covid-19 Nasional Malaysia dimulakan minggu lalu, dengan pekerja kesihatan, guru, anggota bomba dan ahli parlimen terpilih beratur setiap hari untuk disuntik.

Lebih 32,000 telah divaksin hingga Isnin.

Malaysia melaporkan 1,555 kes baru pada Selasa, jangkitan harian terendah yang dilaporkan tahun ini, dengan keseluruhan jumlah 304,135 kes.

Selangor, Pulau Pinang, Johor dan KL akan memasuki PKP Bersyarat peringkat pertengahan (PKPB) mulai Jumaat, dengan perjalanan antara daerah di negeri yang sama dibenarkan.

Tetapi perjalanan antara negeri masih dilarang untuk mengekang kemungkinan penyebaran koronavirus itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri.

Di Sabah, yang juga berada di bawah PKPB, perjalanan antara daerah kekal dilarang.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg