Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PASCAPILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Malaysia mansuh GST bermula 1 Jun

May 17, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan Malaysia semalam berkata bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6 peratus akan dimansuhkan mulai 1 Jun.



Dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook, kementerian itu berkata "bekalan barangan dan perkhidmatan di Malaysia, dan barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan GST 6 peratus akan dikenakan kadar 0 peratus" mulai 1 Jun.



Pengumuman itu dibuat sehari selepas mantan gabenor bank pusat Zeti Akhtar Aziz memberitahu rakyat Malaysia supaya jangan menjangka pemansuhan GST akan berlaku dalam sehari. Beliau berkata usaha itu mungkin memerlukan kelulusan Parlimen.



Perdana Menteri baru Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berikrar mahu menghapuskan cukai penggunaan yang telah diperkenal mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak sebelum ini pada 2015.



Dalam sidang akhbar baru-baru ini, Dr Mahathir memberi jaminan akan melaksanakan kesemua 10 perkara utama dalam tempoh 100 hari pemerintahannya. Antaranya adalah membatalkan GST.



Kos sara hidup tinggi dan GST antara perkara yang menjadi keprihatinan rakyat dan menjadi isu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) minggu lalu.



Dr Mahathir dipetik sebagai berkata bahawa lebihan GST yang dikutip akan dikembalikan kepada mereka yang memohon supaya dipulangkan.



Menurutnya, kerajaan telah mengutip lebih daripada apa yang diperlukan. - Agensi berita.



Laporan lanjut Malaysia:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >