PENCEMARAN UDARA DI PASIR GUDANG
Malaysia mula siasat 90 tempat
Jul 03, 2019 | 05:30 AM
JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia sudah mengambil tindakan penjejakan dan penyiasatan 90 premis yang menyaksikan 81 kompaun dikeluarkan.
Anggota jawatankuasa eksekutif (Eksko) Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Encik Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata jumlah siasatan terhadap premis yang dilakukan bertambah daripada 72 sebelum ini.